2020年6月29日星期一

KPS 3014 PERBINCANGAN KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

6.0 Perbincangan

  • Menghuraikan jenis-jenis gaya kepimpinan di sekolah


  • Mengkaji kepentingan kepimpinan dan organisasi di sekolah


  • Menganalisis gaya kepimpinan yang berkesan untuk diamalkan oleh sekolah yang perlu diamalkan oleh seorang pemimpin atau pengetua dalam sesebuah organisasi




  • Menganalisis ciri-ciri yang perlu diamalkan oleh seorang pemimpin atau pengetua dalam sesebuah organisasi

2020年4月12日星期日

PERBINCANGAN

1.   Gaya kepimpinan yang sesuai diamalkan oleh pengetua di sekolah.

   Kepimpinan demokrasi adalah gaya kepimpinan yang berkesan kepada untuk dilaksanakan dalam sekolah. Kepimpinan demokrasi dikenali sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil. Dalam pengurusan atau pentadbiran sekolah, kepimpinan demokrasi yang diamalkan oleh pengetua, pandangan semua guru akan diambil kira. Dengan hal ini, guru-guru dan staf sekolah akan merasakan pandangan mereka diterima, secara tidak langsung mereka akan menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan cemerlang. Sebagai seorang pengetua, hendaklah menerima nasihat dan juga mempertimbangkan pandangan semua orang, tak kira orang atasan atau orang bawahan. Pengalaman setiap orang adalah tidak sama. Oleh itu, semua orang mempunyai kelebihan diri dalam menyelesaikan pelbagai masalah dalam sekolah. Dengan pandangan dari pelbagai individu adalah penting, supaya dapat menghasilkan keputusan yang paling berkesan dalam mencapai matlamat dan objektif sekolah.

2. Ciri-ciri seseorang pemimpin.

  • Mempunyai kepercayaan dan keyakinan diri

   Seseorang pemimpin haruslah mempunyai kepercayaan terhadap keupayaan diri sendiri dalam mencapai sesuatu kejayaan. Keyakinan diri seseorang adalah perkara yang paling penting dalam menjadi seseorang pemimpin yang berkesan, seseorang pemimpin yang kekurangan keyakinan diri boleh dikatakan tidak memberi makna walaupun mempunyai ciri pemimpin yang lain. Kepercayaan yang mencukupi pada diri sendiri juga akan mempengaruhi orang lain untuk bersedia mengikuti langkah sendiri untuk mencapai kajayaan.


  • Kuasa mengawal diri.

   Seseorang pemimpin juga perlu menguasai dunia dalaman sendiri sebelum memimpin orang lain di dunia luar. Hal tersebut dikatakan demikian kerana seseorang pemimpin yang berjaya mengawal fikiran, nafsu dan perkara lain pada diri sendiri, pemimpin tersebut dapat terus memberi tumpuan kepada tugas atau masalah yang perlu diselesai.


  • Kefahaman dan kesabaran.

   Seseorang pemimpin haruslah dapat menghayati peranan orang lain dan bersedia memberi perhatian kepada masalah yang dihadapi oleh orang bawahan. Seseorang pemimpin haruslah belajar menangani sesuatu masalah dengan tenang dan perilaku dalam keadaan tertekan supaya dapat mempengaruhi orang bawahan lebih senang hati dan berjuang bersama.







KPS 3014 KESIMPULAN KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

7.0 Kesimpulan 
  
     Kesimpulannya, kajian kami telah mencapai kelima-lima objektif yang ditunjukkan pada bahagian  3.0 (objektif  kajian). Bagi objektif pertama iaitu menghuraikan jenis-jenis gaya kepimpinan di sekolah telah dibincangkan dalam bahagian 1.0 (pengenalan) dan bahagian 6.0 (perbincangan).  Objektif yang kedua iaitu mengkaji kepentingan kepimpinan dan organisasi di sekolah juga telah ditunjukkan dalam bahagian pengenalan dan perbincangan. Selain itu, objektif yang ketiga iaitu menganalisis struktur/carta organisasi sekolah serta peranan dan fungsi setiap jabatan dalam sekolah juga telah dianalisiskan dalam dapatan kajian. Semua peranan bagi setiap jawatan dan juga carta-carta organisasi sekolah yang termasuk carta organisasi pengurusan kurikulum sekolah, carta organisasi hem tahun, dan juga carta organisasi kokurikulum. Di samping itu, menganalisis gaya kepimpinan yang berkesan untuk diamalkan oleh sekolah yang merupakan objektif kajian yang ketiga pun juga dicapai dengan ditunjukkan dalam data kajian yang menunjukkan bahawa gaya kepimpinan autokratik dan demokratik adalah yang berkesan dan analisinya dapat didapati dalam perbincangan kajian.  Objektif yang terakhir juga telah dicapai, kajian kami juga telah menganalisis ciri-ciri yang perlu diamalkan oleh seorang pemimpin atau pengetua dalam sesebuah organisasi dalam bahagian perbincangan.
     
     Secara pengetahuan asas, kita mengetahui bahawa terdapat beberapa jenis gaya kepimpinan iaitu gaya kepimpinan autokratik, demokratik, kontegensi, asertif, respontif dan aggresif. Melalui kajian yang dilakukan, kepimpinan autokratik dan demokratik adalah gaya kepimpinan yang lebih banyak diamalkan oleh guru besar dalam pentadbiran sekolah berdasarkan data nilai min yang diperolehi. Dengan kata lain, kepimpinan secara paksaan dengan ahlinya mematuhi arahan berdasarkan keputusan yang dibuat oleh pemimpin dan juga kepimpinan gaya penglibatan bersama dalam proses membuat keputusan adalah kepimpinan yang lebih berkesan dijalankan oleh seseorang pengetua dalam pimpinan sesebuah sekolah. Dengan pemahaman kebanyakan orang, kepimpinan demokratik adalah paling sesuai dalam pelbagai bidang, termasuk pentadbiran sekolah, manakala terdapat situasi yang tidak sesuai kepada seseorang pemimpin menggunakan gaya kepimpinan demokratik, seperti masa terhad, melibatkan keselamatan ahli, pemimpin berasa terancam, terdapat kesilapan serta perkara yang mudah dilakukan oleh pemimpin sendiri. Dengan keadaan ini, pengetua sebagai pemimpin akan terus memberi keputusan yang telah ditentukan sebagai arahan yang harus dipatuhi oleh semua guru, iaitu kepimpinan autokratik.
    
     Secara keseluruhan, kepimpinan adalah proses yang berperanan penting dan juga berkaitan rapat dengan pengaruh seseorang mempengaruhi yang lain supaya mengubah sikap dan tingkat laku ahlinya bagi memastikan matlamat organisasi tercapai. Dengan hal berikut, pemimpin tersebut haruslah disokong oleh ahlinya supaya meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan bagi memastikan kelancaran perjalanan keseluruhan organisasi. Kajian berikut juga menyenaraikan tugasan guru dalam pelbagai jawatan supaya dapat menjelaskan pembahagian tugasan dalam pelbagai segi pentadbiran dalam sekolah. Selain itu, kajian ini juga memaparkan carta-carta organisasi pengurusan sekolah. Dengan carta-carta berikut, jelaslah bahawa pengetua merupakan pemimpin dalam organisasi sekolah, di bawahnya mempunyai pelbagai guru yang mempunyai jawatan masing-masing dan di bawah lagi mempunyai ramai pelajar yang perlu dipimpin. Dengan hal ini boleh dikatakan pemimpin memimpin dan dipimpin. Kepimpinan bolah dikatakan sebagai pusat tenaga yang penting manakala kejayaan sesebuah organisasi tidak dapat dicapai tanpa kepimpinan yang berkesan.