2020年4月12日星期日

PERBINCANGAN

1.   Gaya kepimpinan yang sesuai diamalkan oleh pengetua di sekolah.

   Kepimpinan demokrasi adalah gaya kepimpinan yang berkesan kepada untuk dilaksanakan dalam sekolah. Kepimpinan demokrasi dikenali sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil. Dalam pengurusan atau pentadbiran sekolah, kepimpinan demokrasi yang diamalkan oleh pengetua, pandangan semua guru akan diambil kira. Dengan hal ini, guru-guru dan staf sekolah akan merasakan pandangan mereka diterima, secara tidak langsung mereka akan menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan cemerlang. Sebagai seorang pengetua, hendaklah menerima nasihat dan juga mempertimbangkan pandangan semua orang, tak kira orang atasan atau orang bawahan. Pengalaman setiap orang adalah tidak sama. Oleh itu, semua orang mempunyai kelebihan diri dalam menyelesaikan pelbagai masalah dalam sekolah. Dengan pandangan dari pelbagai individu adalah penting, supaya dapat menghasilkan keputusan yang paling berkesan dalam mencapai matlamat dan objektif sekolah.

2. Ciri-ciri seseorang pemimpin.

  • Mempunyai kepercayaan dan keyakinan diri

   Seseorang pemimpin haruslah mempunyai kepercayaan terhadap keupayaan diri sendiri dalam mencapai sesuatu kejayaan. Keyakinan diri seseorang adalah perkara yang paling penting dalam menjadi seseorang pemimpin yang berkesan, seseorang pemimpin yang kekurangan keyakinan diri boleh dikatakan tidak memberi makna walaupun mempunyai ciri pemimpin yang lain. Kepercayaan yang mencukupi pada diri sendiri juga akan mempengaruhi orang lain untuk bersedia mengikuti langkah sendiri untuk mencapai kajayaan.


  • Kuasa mengawal diri.

   Seseorang pemimpin juga perlu menguasai dunia dalaman sendiri sebelum memimpin orang lain di dunia luar. Hal tersebut dikatakan demikian kerana seseorang pemimpin yang berjaya mengawal fikiran, nafsu dan perkara lain pada diri sendiri, pemimpin tersebut dapat terus memberi tumpuan kepada tugas atau masalah yang perlu diselesai.


  • Kefahaman dan kesabaran.

   Seseorang pemimpin haruslah dapat menghayati peranan orang lain dan bersedia memberi perhatian kepada masalah yang dihadapi oleh orang bawahan. Seseorang pemimpin haruslah belajar menangani sesuatu masalah dengan tenang dan perilaku dalam keadaan tertekan supaya dapat mempengaruhi orang bawahan lebih senang hati dan berjuang bersama.







没有评论:

发表评论