7.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, kajian kami telah mencapai
kelima-lima objektif yang ditunjukkan pada bahagian 3.0 (objektif
kajian). Bagi objektif pertama iaitu menghuraikan jenis-jenis gaya kepimpinan
di sekolah telah dibincangkan dalam bahagian 1.0 (pengenalan) dan bahagian 6.0
(perbincangan). Objektif yang kedua
iaitu mengkaji kepentingan kepimpinan dan organisasi di sekolah juga telah
ditunjukkan dalam bahagian pengenalan dan perbincangan. Selain itu, objektif
yang ketiga iaitu menganalisis struktur/carta organisasi sekolah serta peranan
dan fungsi setiap jabatan dalam sekolah juga telah dianalisiskan dalam dapatan
kajian. Semua peranan bagi setiap jawatan dan juga carta-carta organisasi
sekolah yang termasuk carta organisasi pengurusan kurikulum sekolah, carta organisasi
hem tahun, dan juga carta organisasi kokurikulum. Di samping itu, menganalisis
gaya kepimpinan yang berkesan untuk diamalkan oleh sekolah yang merupakan
objektif kajian yang ketiga pun juga dicapai dengan ditunjukkan dalam data
kajian yang menunjukkan bahawa gaya kepimpinan autokratik dan demokratik adalah
yang berkesan dan analisinya dapat didapati dalam perbincangan kajian. Objektif yang terakhir juga telah dicapai,
kajian kami juga telah menganalisis ciri-ciri yang perlu diamalkan oleh seorang
pemimpin atau pengetua dalam sesebuah organisasi dalam bahagian perbincangan.
Secara pengetahuan asas, kita
mengetahui bahawa terdapat beberapa jenis gaya kepimpinan iaitu gaya kepimpinan
autokratik, demokratik, kontegensi, asertif, respontif dan aggresif. Melalui
kajian yang dilakukan, kepimpinan autokratik dan demokratik adalah gaya
kepimpinan yang lebih banyak diamalkan oleh guru besar dalam pentadbiran
sekolah berdasarkan data nilai min yang diperolehi. Dengan kata lain,
kepimpinan secara paksaan dengan ahlinya mematuhi arahan berdasarkan keputusan
yang dibuat oleh pemimpin dan juga kepimpinan gaya penglibatan bersama dalam
proses membuat keputusan adalah kepimpinan yang lebih berkesan dijalankan oleh
seseorang pengetua dalam pimpinan sesebuah sekolah. Dengan pemahaman kebanyakan
orang, kepimpinan demokratik adalah paling sesuai dalam pelbagai bidang,
termasuk pentadbiran sekolah, manakala terdapat situasi yang tidak sesuai
kepada seseorang pemimpin menggunakan gaya kepimpinan demokratik, seperti masa
terhad, melibatkan keselamatan ahli, pemimpin berasa terancam, terdapat
kesilapan serta perkara yang mudah dilakukan oleh pemimpin sendiri. Dengan
keadaan ini, pengetua sebagai pemimpin akan terus memberi keputusan yang telah
ditentukan sebagai arahan yang harus dipatuhi oleh semua guru, iaitu kepimpinan
autokratik.
Secara keseluruhan, kepimpinan adalah
proses yang berperanan penting dan juga berkaitan rapat dengan pengaruh
seseorang mempengaruhi yang lain supaya mengubah sikap dan tingkat laku ahlinya
bagi memastikan matlamat organisasi tercapai. Dengan hal berikut, pemimpin
tersebut haruslah disokong oleh ahlinya supaya meningkatkan keberkesanan dan
kecekapan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan bagi memastikan kelancaran
perjalanan keseluruhan organisasi. Kajian berikut juga menyenaraikan tugasan
guru dalam pelbagai jawatan supaya dapat menjelaskan pembahagian tugasan dalam
pelbagai segi pentadbiran dalam sekolah. Selain itu, kajian ini juga memaparkan
carta-carta organisasi pengurusan sekolah. Dengan carta-carta berikut, jelaslah
bahawa pengetua merupakan pemimpin dalam organisasi sekolah, di bawahnya
mempunyai pelbagai guru yang mempunyai jawatan masing-masing dan di bawah lagi
mempunyai ramai pelajar yang perlu dipimpin. Dengan hal ini boleh dikatakan
pemimpin memimpin dan dipimpin. Kepimpinan bolah dikatakan sebagai pusat tenaga
yang penting manakala kejayaan sesebuah organisasi tidak dapat dicapai tanpa
kepimpinan yang berkesan.
没有评论:
发表评论